Malaysia's main Chinese political party
Sunday elected a politician involved in a sex tape scandal as its new
president, hoping to end months of leadership infighting. The
polls were triggered by the mass resignation of the leadership of the
Malaysian Chinese Association (MCA), the second-largest member of the
governing Barisan Nasional (BN) coalition, earlier this month. Deputy
president Chua Soi Lek, who was suspended over a sex tape scandal in
2009, won the party election with a slim majority by securing 901 votes. The main reason why the Chinese community choose him because he had "better organizational skills," and the party members realized
it was a crucial element for MCA to have him at the helm ahead of the
polls.
Monday, March 29, 2010
Football transfer rumours: Rafael van der Vaart to Chelsea?
Rafael Van der Vaart: on his way to Chelsea?
Yes, this is the one where Chelsea are closing in. And in this morning's Sun it looks like coming true for at least one jinking Dutch playmaker. "Chelsea are closing in on Rafael van der Vaart," The Sun reports. Apparently Chelsea are already talking to his "representatives" and, if the Mill's nightly visions are any kind of guide, jabbing him slyly with toothpicks. Van der Vaart will cost £10m and Carlo Ancelotti has been "tracking" him for several months, presumably in a canvas hat and a khaki jacket from Millets with lots of flappy pockets.
Sunday, March 28, 2010
Penduduk Kg Sukau Tidak Pernah Nikmati Bekalan Air Bersih
WALAUPUN memiliki latar belakang pelancongan terkenal di merata Asia
Tenggara, tetapi penduduk Kampung Sukau tidak pernah menikmati bekalan
air bersih daripada kerajaan semenjak negara merdeka. “Hanya musim kering lebih tiga bulan berlalu, menggantikan musim
banjir, cukup menguji kesabaran mereka apabila kehabisan sumber air
membuat kehidupan harian mereka tidak menentu.
“Pada saya, bukan mengejutkan jika budi dan jasa rakyat yang terus
menyokong kerajaan ini dapat dibalas dengan menyediakan loji air yang
mencukupi disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK10).” Itu kata Saddi Haji Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau
yang menyatakan rasa terkilannya ke atas masalah ketiadaan bekalan air
bersih di Kampung Sukau, pada lawatannya berkaitan masalah itu minggu
lepas.
Saddi
tambah kecewa apabila sebuah loji air yang dibina Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan atau Felcra di tengah-tengah Kampung Sukau, bernilai
lebih RM1.3 juta lebih tiga tahun lalu gagal berfungsi sepenuhnya. Beliau sedih masalah itu turut mengganggu kehidupan harian lebih 100
orang penghuni asrama dan lebih 30 orang guru Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Sukau, diikuti berpuluh-puluh lagi kakitangan Klinik
Kesihatan, Polis, Jabatan Kemas, seterusnya ribuan penduduk Sukau, yang
sudah sekian lama hidup terpinggir tetapi aset menggerakkan kemajuan
Sukau.
Hanya pada awal Januari lepas, Saddi turut bertandang ke Kampung
Sukau kerana menyampaikan bantuan banjir ekoran sebahagian kampung di
pinggir Sungai Kinabatangan ini sebahagian tadahan banjir yang paras
ketinggiannya mencecah melebihi paras bahaya.
Saddi kecewa loji disediakan Felcra yang dianggap masyarakat sebagai ‘pertaruhan’ dalam langkah syarikat itu mengembangkan pelaburan dalam sektor perladangan di kawasan tanah milik sebuah badan koperasi penduduk di sini empat tahun lalu, gagal mewakili kepentingan agensi yang sudah ‘gah’ di peringkat kebangsaan itu.
Wakil rakyat yang sedang menjalani khidmat baru suku panggal itu tidak berpuas hati bagaimana kerja-kerja pembinaan loji yang menelan belanja besar itu gagal, seterusnya tidak mampu menyalurkan bekalan khususnya kepada 99 buah keluarga mendiami Pusat Masyarakat Setempat (PMS) Sukau, yang antara syarat memenuhi konsep menang-menang antara rakyat dan Felcra di sini.
Sekiranya bekalan tersebut lancar, loji berkapasiti 65,000 gelen
dalam satu-satu masa itu boleh dikongsi lagi ribuan penduduk Kampung
Sukau yang sekian lama ingin menikmati bekalan air bersih. Apalagi ketiadaan hujan lebih tiga bulan, penduduk sebahagiannya
terpaksa menggunakan air sungai Kinabatangan yang ‘azalinya’ tercemar
oleh semburan racun rumpai dan sisa kumbahan dari kilang-kilang kelapa
sawit di sekitar kawasan itu.
Mereka yang memiliki kenderaan sendiri terpaksa membeli bekalan itu
dari loji air Kinabatangan di Bukit Garam, kurang 60km dari kawasan
ini. Manakala kurang berkemampuan, mencari pilihan sama ada mencari
perigi lama di sekitar kampung Sukau. atau kalau tidak berpindah
sementara ke rumah-rumah keluarga termasuk di Bandar Sandakan sehingga
hujan turun.
Suasana ini memang menjejaskan kredibiliti Sukau sebagai destinasi
pelancongan, pusat rekriasi dan pemuliharaan kepelbagaian hutan lipur,
pembangunan herba dan ekologi, hidupan liar serta warisan flora dan
fauna yang penting dalam negara,.
Di mata pelabur, jika berpanjangan, ini mengganggu reputasi ekonomi
Sukau sebagai sebahagian Kinabatangan, yang keseluruhannya melebihi
4,000 km meliputi Daerah Tongod; dianggap kawasan seluas Negeri Pahang
dan seang berfungsi sebagai daerah penyumbang komoditi kelapa sawit
terbesar negara yang menghadapi isu-isu pengeluaran sektor itu..
Terdapat enam syarikat pengusaha pelancongan beroperasi di Sukau.
Paling sedikit lebih 500 orang mengunjungi kawasan ini seminggu, yang
turut tertumpu menelusuri Sungai Kinabatangan di sini yang panjangnya
450km itu.
Misi dan visi Saddi untuk menjenamakan semula Sukau sebagai simbol
kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ini sudah mulai difahami rakyat.
Wakil rakyat ini bukan saja menjadikan Sukau salah sebuah pusat
pertumbuhan ekonomi daerah Kinabatangan, menerusi rancangan mengujudkan
Pekan Baru Sukau yang bakal dilancarkan Ketua Menteri, tetapi di pekan
itulah dituntut sebuah sistem penstrukturan semula pentadbiran pejabat
daerah Kinabatangan demi masa depan rakyat.
Kerana itulah beliau awal-awal lagi menegaskan keperluan ini
sebahagian daripada pelbagai lagi masalah asas rakyat yang wajib
diatasi, demi kebaikan dan masa depan pembangunan rakyat di kawasan ini. Semua ini kerap disuarakan oleh Saddi pada forum-forum rakyat khususnya sesi Sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Kinabalu.
Ke arah menyelesaikan kepayahan penduduk itu, Saddi sendiri menerusi
Program Khidmat Kasih di bawah Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR)
Sukau menggunakan bantuan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat
Daerah Sandakan menyalurkan bekalan air kepada para penghuni PMS dan
Kampung Sukau sejak beberapa hari lepas.
Wakil rakyat itu juga segera menyumbangkan seunit pam air berkuasa
tinggi agar membolehkan penduduk mengambil sumber bekalan itu dari
Sungai Kinabatangan untuk disalurkan ke loji Air Felcra yang kini
sedang dibaiki kontraktor dilantik.
“Saya mengharapkan pihak Felcra Teknik yang diberi mandat ke atas
penyediaan loji air ini tidak memandang remeh masalah dan keperluan
rakyat yang saya wakili. “Felcra bukan saja sepatutnya menyegerakan penyaluran bekalan itu
yang tertangguh lama. Tetapi menyelenggara loji ini mengikut
spesifikasi Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan,” kata
Saddi.
Wakil rakyat itu turut memaklumkan akan pengakuan pihak Felcra
Teknik bahawa masalah penyaluran bekalan air di kawasan itu dapat
diselesaikan dalam masa seminggu lagi sebelum penduduk menerima bekalan
itu secara berperingkat.
Sementara itu kesemua penghuni PMS berkenaan menyatakan penghargaan
ke atas Saddi kerana tindakan segeranya menangani keperluan itu demi
kepentingan mereka. “Kami bersyukur dengan apa yang dilakukan oleh wakil rakyat ini dan
kami berharap Felcra dapat menunaikan janjinya menyelesaikan soal
bekalan ini,” kata puan Suriani, seorang ibu kepada empat orang anak.
Salah seorang pemimpin Kg Sukau yang ditemui juga merayu Kementerian
Pembangunan Luar Bandar supaya turut melipatgandakan perananya
memperkasakan kemudahan bekalan air di Sukau pada masa terdekat sebagai
persiapan wujudnya sebuah pekan baru di kawasan ini.
Sumber SabahDaily.com
Sumber SabahDaily.com
Sunday, March 21, 2010
PM Tambah Pengorbanan "Simpanan Tetap"
Sekurang-kurangnya 31,000 penduduk Sandakan sudah MEMBANTAH pembinaan Stesen Janakuasa Arang Batu
Dipetik Dari http://www.sabahkini.net/
Written by Admin
Saturday, 20 March 2010 13:05
Saturday, 20 March 2010 13:05
Saudara Pengarang,
Saya tujukan surat terbuka ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Untuk maklumat Datuk Seri, ramai rakyat di Sabah (kebanyakannya telah mengundi Barisan Nasional dan mengekalkan parti Datuk Seri sebagai Kerajaan pada pilihanraya umum tahun 2008) amat kecewa apabila Datuk Seri meminta rakyat Sabah supaya ‘membuat pengorbanan’ dengan menerima stesen janakuasa ‘Arang Batu Yang Kotor Dan Mengancam Alam Sekitar.’
Datuk Seri sendiri baru sahaja berucap kepada Tenaga Nasional Berhad di Kuala Lumpur, pada hujung Oktober yang lalu, bahawa Datuk Seri ‘Tidak Suka’ dengan dasar tenaga (energy policy) yang sedia ada.
Malah, Datuk Seri seterusnya berkata bahawa dasar tenaga tersebut adalah ‘tidak betul’ (It is not right), khususnya mengenai arang batu kerana Datuk Seri dengan tepatnya berkata bahawa, “arang batu adalah teknologi yang Kotor, ia Mengancam Alam Sekitar.”
(Sebenarnya, Jemaah Menteri Kabinet Sabah juga memegang pandangan yang sama dan telah menolak arang batu pada tahun 2008)
Yang peliknya, hanya dalam masa seminggu selepas itu, Datuk Seri pula datang ke Sabah untuk meminta supaya rakyat Sabah ‘Berkorban’ menerima arang batu Yang Kotor!
(Much time wasted in solving Sabah’s power woes, says PM; Daily Express, Ahad, November 08, 2009)
Subscribe to:
Posts (Atom)