Pengenalan kepada Mukim Litang secara
ringkas
Mukim Litang adalah antara 8 buah
mukim dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N48 Sukau, Kinabatangan. Mukim
Litang terbahagi kepada 5 buah kampung iaitu: Kg Litang, Kg Sri Ganda, Kg
Tundun Bohangin, Kg Tidong , dan Kg Dagat. 2 buah kampung iaitu Kg Sri Ganda
dan Kg Tundun Bohangin terletak di pesisir pantai hilir Kinabatangan manakala 3
buah kampung lagi iaitu Kg. Litang, Kg Tidong dan Kg Dagat terletak di hilir Sg
Segama.
Di huni oleh berbagai suku kaum
dan etnik yang terdapat di Kinabatangan, Mukim LItang boleh dihubungi melalui
jalan raya Sandakan Lahad Datu dan melalui jalan Jeroco serta rangkaian jalan
ladang-ladang kelapa sawit sejauh melebihi 250 km dengan kenderaan pacuan 4
roda dalam masa antara 2 jam dan
melebihi 4 jam.
Mukim Litang juga boleh di
hubungi melalui jalan raya Sukau, merentasi sungai Kinabatangan dengan menaiki
Feri, terus ke jalan jeroco. Jarak perjalanan adalah lebih dekat melalui jalan
sukau berbanding jalan Lahad Datu namun pergerakan feri yang tersekat-sekat
menyebabkan perjalanan memakan masa yang lebih lama.
Kesemua kampung dalam mukim
litang boleh di hubungi dengan bot laju dari Bandar Sandakan selama lebih
kurang 1 hingga ke 2 jam perjalanan.
Sumber ekonomi penduduk
majoritinya nelayan pantai dan sungai banyak bergantung kepada hasil tangkapan
ikan, disamping aktiviti pertanian komersil seperti penanaman kelapa sawit yang
mula mengambil tempat sebagai sumber ekonomi utama penduduk.
Masaalah
penduduk yang perlu di tangani segera
Masaalah utama penduduk ialah
masaalah kemiskinan tegar yang mana sudah bersarang sejak sekian lama di
samping masalah pembangunan insfrastruktur asas seperti jalan raya, air dan
api. Begitu juga dengan pembangunan insan dan pendidikan. Tidak keterlaluan
jika saya katakan Mukim Litang ini ketinggalan terlalu jauh. tercicir,
terpinggir ataupun terabai daripada arus pembangunan perdana yang diuar-uarkan
kerajaan BN.
Apa yang membimbangkan senario
ini akan berlarutan lebih lama, atau akan berkekalan jika tidak di tangani
dengan sebaik mungkin oleh kerajaan yang memerintah hari ini. Saya tidak begitu
pasti adakah pimpinan terdahulu sudah membawa masaalah dan penderitaan rakyat
di kawasan ini ke pengetahuan kerajaan. Namun, apa yang saya lihat hari ini
masih ada sebilangan kampung yang belum pernah di jejaki (kunjungi) oleh
seorang yang bergelar ‘Wakil Rakyat’ sebelum ini dan, masih ujud puluhan rumah
yang berstatus da’if yang di huni oleh rakyat miskin yang tidak selayaknya di
abad ini.
Hakikatnya, pemimpin dari
berbagai peringkat sebelum ini gagal membawa perubahan terutamanya dari sudut pembangunan
ekonomi dan infrastruktur yang boleh di banggakan rakyat di Mukim Litang selama
berbelas/puluhan tahun menerajui kepimpinan khususnya di DUN Sukau dan
Kinabatangan amnya.
SALAH SEBUAH RUMAH
KELUARGA MISKIN TEGAR DI KG TIDONG
KG DAGAT, SUDAH 4
DEKAD TIDAK PERNAH DILAWATI PEMIMPIN
KOMITMEN WAKIL RAKYAT BARU.
Kesediaan Wakil Rakyat Dun Sukau
yang baru, Saddi Haji Abdul Rahman melakukan lawatan beberapa bulan selepas
pilihanraya Umum Ke 12 di lihat memberikan nafas baru kepada kesinambungan
peranan Mukim Litang dalam kedudukannya di kawasan Dun Sukau.
Wakil rakyat ini bukan saja telah
mendengar segala rintihan rakyat pada kawasan yang keseluruhannya belum pernah
dilawati oleh mana-mana pemimpin terdahulu, tetapi beliau bersedia
menerima pandangan serta kritikan atas nama tanggungjawab seorang pemimpin
mewakili Komponen BN Sabah.
Sambil menziarah mana-mana
individu yang sudah tidak berkupayaan dan memerlukan bantuan di kampung-kampung
dalam mukim ini, Saddi menyatakan harapan dan gagasannya untuk mahu menjadikan
mukim Litang sebagai antara kawasan yang mampu memberikan sumbangan dalam
bentuk pembangunan dan sosioekonomi rakyat secara berterusan.
Saddi mahu soal keperluan asas rakyat seperti jalanraya,
pusat ibadah, sekolah serta pusat perhimpunan rakyat seperti balairaya dan mini
dewan di kawasan ini diwujud dan dinaiktarafkan.
Lebih dari itu, Saddi mahu kaum belia dan belia wanis di
kawasan berkenaan memperkasakan kesatuan dan keupayaan mereka sebagai golongan
pelapis kepimpinan yang boleh mencorakkan pembangunan sosioekonomi rakyat di
kawasan ini, demi menikmati kemajuan masa depan.
Dalam siri lawatan kerja YB Saddi
(ADUN Sukau) ke Mukim Litang pada bulan ogos 2009, beliau berkata, “ saya amat terkejut dan terharu dengan sambutan
yang diberikan oleh penduduk dan Ketua Kampung
Kg Dagat, berupa taburan beras kunyit (kuning) di iringi laungan solawat
Nabi SAW ketika menjejakkan kaki buat pertama kali di kampung mereka”. Menurut
En Aji Salleh (KK Kg Dagat), sudah 39 tahun beliau memegang jawatan sebagai
Ketua Kampung dan belum ada seorang yang bergelar YB/Wakil Rakyat yang datang
berkunjung ke kampungnya selama itu. Katanya Lagi “sesungguhnya kedatangan Saddi
adalah satu rahmat bagi kami”.
Kini Tanggung jawab yang amat
berat ini akan terpikul di bahu ADUN Sukau ini untuk melonjakkan martabat Mukim
Litang sebaris dengan mukim dan kampung
yang berdaya saing, produktif, serta maju sejajar dengan aspirasi kerajaan
untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara maju menjelang 2020.
‘1 Malaysia Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan’
Sekian, kita jumpa lagi dengan
menyusuri kampung-kampung dalam Mukim Litang di episod akan datang.
Oleh : Warga Sukau.