Saturday, June 26, 2010

MUKIM LITANG (Episod : 1)

Pengenalan kepada Mukim Litang secara ringkas
Mukim Litang adalah antara 8 buah mukim dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N48 Sukau, Kinabatangan. Mukim Litang terbahagi kepada 5 buah kampung iaitu: Kg Litang, Kg Sri Ganda, Kg Tundun Bohangin, Kg Tidong , dan Kg Dagat. 2 buah kampung iaitu Kg Sri Ganda dan Kg Tundun Bohangin terletak di pesisir pantai hilir Kinabatangan manakala 3 buah kampung lagi iaitu Kg. Litang, Kg Tidong dan Kg Dagat terletak di hilir Sg Segama.

Di huni oleh berbagai suku kaum dan etnik yang terdapat di Kinabatangan, Mukim LItang boleh dihubungi melalui jalan raya Sandakan Lahad Datu dan melalui jalan Jeroco serta rangkaian jalan ladang-ladang kelapa sawit sejauh melebihi 250 km dengan kenderaan pacuan 4 roda dalam masa antara 2 jam dan  melebihi 4 jam.

Mukim Litang juga boleh di hubungi melalui jalan raya Sukau, merentasi sungai Kinabatangan dengan menaiki Feri, terus ke jalan jeroco. Jarak perjalanan adalah lebih dekat melalui jalan sukau berbanding jalan Lahad Datu namun pergerakan feri yang tersekat-sekat menyebabkan perjalanan memakan masa yang lebih lama.

Kesemua kampung dalam mukim litang boleh di hubungi dengan bot laju dari Bandar Sandakan selama lebih kurang 1 hingga ke 2 jam perjalanan.

Sumber ekonomi penduduk majoritinya nelayan pantai dan sungai banyak bergantung kepada hasil tangkapan ikan, disamping aktiviti pertanian komersil seperti penanaman kelapa sawit yang mula mengambil tempat sebagai sumber ekonomi utama penduduk.

Masaalah penduduk yang perlu di tangani segera
Masaalah utama penduduk ialah masaalah kemiskinan tegar yang mana sudah bersarang sejak sekian lama di samping masalah pembangunan insfrastruktur asas seperti jalan raya, air dan api. Begitu juga dengan pembangunan insan dan pendidikan. Tidak keterlaluan jika saya katakan Mukim Litang ini ketinggalan terlalu jauh. tercicir, terpinggir ataupun terabai daripada arus pembangunan perdana yang diuar-uarkan kerajaan BN.

Apa yang membimbangkan senario ini akan berlarutan lebih lama, atau akan berkekalan jika tidak di tangani dengan sebaik mungkin oleh kerajaan yang memerintah hari ini. Saya tidak begitu pasti adakah pimpinan terdahulu sudah membawa masaalah dan penderitaan rakyat di kawasan ini ke pengetahuan kerajaan. Namun, apa yang saya lihat hari ini masih ada sebilangan kampung yang belum pernah di jejaki (kunjungi) oleh seorang yang bergelar ‘Wakil Rakyat’ sebelum ini dan, masih ujud puluhan rumah yang berstatus da’if yang di huni oleh rakyat miskin yang tidak selayaknya di abad ini.

Hakikatnya, pemimpin dari berbagai peringkat sebelum ini gagal membawa perubahan terutamanya dari sudut pembangunan ekonomi dan infrastruktur yang boleh di banggakan rakyat di Mukim Litang selama berbelas/puluhan tahun menerajui kepimpinan khususnya di DUN Sukau dan Kinabatangan amnya.

SALAH SEBUAH RUMAH KELUARGA MISKIN TEGAR DI KG TIDONG



 
KG DAGAT, SUDAH 4 DEKAD TIDAK PERNAH DILAWATI PEMIMPIN


KOMITMEN WAKIL RAKYAT BARU.

Kesediaan Wakil Rakyat Dun Sukau yang baru, Saddi Haji Abdul Rahman melakukan lawatan beberapa bulan selepas pilihanraya Umum Ke 12 di lihat memberikan nafas baru kepada kesinambungan peranan Mukim Litang dalam kedudukannya di kawasan Dun Sukau.

Wakil rakyat ini bukan saja telah mendengar segala rintihan rakyat pada kawasan yang keseluruhannya  belum pernah  dilawati oleh mana-mana pemimpin terdahulu, tetapi beliau bersedia menerima pandangan serta kritikan atas nama tanggungjawab seorang pemimpin mewakili Komponen BN Sabah.

Sambil menziarah mana-mana individu yang sudah tidak berkupayaan dan memerlukan bantuan di kampung-kampung dalam mukim ini, Saddi menyatakan harapan dan gagasannya untuk mahu menjadikan mukim Litang sebagai antara kawasan yang mampu memberikan sumbangan dalam bentuk pembangunan dan sosioekonomi rakyat secara berterusan.

Saddi mahu soal  keperluan asas rakyat seperti jalanraya, pusat ibadah, sekolah serta pusat perhimpunan rakyat seperti balairaya dan mini dewan di kawasan ini diwujud dan dinaiktarafkan.

Lebih dari itu,  Saddi mahu kaum belia dan belia wanis di kawasan berkenaan memperkasakan kesatuan dan keupayaan mereka sebagai golongan pelapis kepimpinan yang boleh mencorakkan pembangunan sosioekonomi rakyat di kawasan ini, demi menikmati kemajuan masa depan.

Dalam siri lawatan kerja YB Saddi (ADUN Sukau) ke Mukim Litang pada bulan ogos 2009, beliau berkata, “  saya amat terkejut dan terharu dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk dan Ketua Kampung  Kg Dagat, berupa taburan beras kunyit (kuning) di iringi laungan solawat Nabi SAW ketika menjejakkan kaki buat pertama kali di kampung mereka”. Menurut En Aji Salleh (KK Kg Dagat), sudah 39 tahun beliau memegang jawatan sebagai Ketua Kampung dan belum ada seorang yang bergelar YB/Wakil Rakyat yang datang berkunjung ke kampungnya selama itu. Katanya Lagi “sesungguhnya kedatangan Saddi adalah satu rahmat bagi kami”.

Kini Tanggung jawab yang amat berat ini akan terpikul di bahu ADUN Sukau ini untuk melonjakkan martabat Mukim Litang  sebaris dengan mukim dan kampung yang berdaya saing, produktif, serta maju sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara maju menjelang 2020.

‘1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’

Sekian, kita jumpa lagi dengan menyusuri kampung-kampung dalam Mukim Litang di episod akan datang.

Oleh : Warga Sukau.           




Saturday, May 22, 2010

7 lelaki terlibat dalam kegiatan gay ditahan


PULAU PINANG - Tujuh lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan kegiatan gay ditahan dalam satu serbuan di Pulau Tikus di sini, pukul 9.30 malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tunku Said berkata, sepasukan anggota dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) terpaksa menunggu selama 30 minit untuk menyerbu pusat kecergasan diri itu kerana premis berkenaan hanya dibuka kepada ahli-ahli sahaja.

"Hasil pemeriksaan, polis menahan tujuh lelaki yang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu, iaitu seorang penjaga premis, dan enam lelaki pekerja premis yang masing-masing berusia antara 20-an dan 30-an," katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini hari ini. 

Wan Abdullah berkata, polis merampas tiga helai tuala, minyak urut, tisu, dan satu botol plastik krim pelincir yang dipercayai untuk kegunaan aktiviti itu. Siasatan awal polis mendapati premis terbabit beroperasi tanpa lesen perniagaan, katanya. Beliau berkata, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, denda, atau dikenakan sebatan rotan.

Sumber Bernama 22 Mei, 2010

Sandakan businessmen against levy hike on foreigners

SANDAKAN: Sabah Employer’s Consultative Association (Seca) chairman Alan Khoo commented that if the government decides to increase the levy on foreign workers for the plantation and industrial sectors, the cost of doing business will be further increased.

“As of now, there are already so many levies, the windfall  tax, to name one, so this increase will increase overheads of the plantation sector,” said Khoo. He pointed out that this industry would be losing out in terms of competitiveness as compared to other countries, Indonesia in particular. Sandakan Fishing Association chairman Phua Peh Chee said he does not welcome the levy increase on foreign workers.

He said locals just could not take up the 24-hour hard labour job as fishermen going out to sea for weeks compared with the ability of foreign workers. He explained that if Indonesia can pay higher wages to these foreign workers, then we would be losing them and the whole fishing industry would be affected.