PENIPU…
Papantanda ini adalah papantanda sebenar yang didirikan di bulatan
Jalan Tengah Nipah off Kastam Baru Lahad Datu; tetapi cogankata
asalnya, ‘Semakin Luas @ Wilayah Celcom Broadband’ ditukarkan kepada
‘Semakin Luas @ Semakin Penipu’ sebagai tanda protes penduduk Lahad
Datu terhadap Sistem Jalur Lebar Celcom
KEGHAIRAHAN
Celcom yang menerajui sistem jalur lebar negara untuk melebarkan
sayapnya ke Lahad Datu yang mempunyai masalah pancaran kurang jelas,
akibat sistem yang belum dikemaskini; menimbulkan kemarahan para
pengguna broadband di daerah ini.
Seorang
pengguna broadband, Sitta Sarah, 26, ketika menghubungi Sabahkini.net
berkata beliau mendaftar broadband di Celcom Lahad Datu sebulan yang
lalu dengan bayaran RM100 sebagai yuran pendaftaran.
Namun
sejak daripada pendaftaran tersebut beliau seringkali gagal menggunakan
broadband atau gagal mendapat capaian ke mana-mana server sekalipun
talian pada komputer ribanya kelihatan stabil antara tiga hingga empat
‘line’ (capaian) pada setiap masa.
Sitta
yang menetap di Taman Warisan 1, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu
langsung tidak dapat menggunakan broadbandnya di rumah kerana langsung
tidak ada talian atau hanya satu atau dua garis capaian sahaja.
“Apa
gunanya saya membayar RM68 sebulan jika broadband yang dibekalkan
kepada saya gagal mengakses sebarang talian internet? Kalau di bandar
kadang-kadang boleh capai, tapi di gerai saya di Dam dan rumah saya,
langsung tiada line,” ujar Sitta Sarrah yang baru menjelaskan bil bulan
kedua sejumlah RM98 (termasuk caj pelbagai) pada petang tadi.
Menurut
Sitta Sarah, bukan beliau sahaja yang mengalami masalah tersebut, malah
beberapa rakannya turut mengadu mengalami masalah serupa sehingga
menyukarkan mereka berurusan dengan menggunakan internet.
“Jika
keadaan berterusan, mungkin saya akan kembalikan broadband ini kerana
langsung tidak memuaskan. Lebih baik saya menggunakan wi-fi percuma di
restoran daripada membeli broadband, tetapi tidak dapat digunakan,”
kata Sitta Sarah yang mendesak agar Celcom menaiktaraf pemancarnya yang
semakin mundur kerana keghairahan untuk menyaingi Digi yang mudah
dicapai di semua kawasan termasuk Tungku. Kata
Sitta Sarah, beliau akan mengemukakan aduan kepada Tribunal Tuntutan
Pengguna jika keadaan masih berlarutan sehingga hujung April.
Sumber www.sabahkini.net April 6, 2010
No comments:
Post a Comment