KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam
mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa
menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia
dalam puntung rokok.
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata,
kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk
penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok. Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph
kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok
yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi. Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah
didapati mengandungi darah babi.
Sumber Dari Kosmo Online
No comments:
Post a Comment