Monday, September 19, 2011

Najib Mudah Lupa....

SEBELUM......

Bil 51. Sementelahan itu, kedudukan kewangan yang kukuh adalah penting bagi menjamin kesejahteraan masa depan negara. Bagi mencapai matlamat ini, Kerajaan mencadangkan supaya kadar cukai perkhidmatan dinaikkan hanya satu peratus kepada enam peratus.

Kerajaan percaya langkah kenaikan yang kecil ini tidak membebankan kerana rakyat mempunyai pilihan untuk mendapat perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai perkhidmatan.
Malah, nilai jualan tahunan (threshold) bagi perkhidmatan sedia ada masih lagi dikekalkan. Seiring dengan hala tuju ini, Kerajaan juga mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

(Ucapan pembentangan Bajet 15 Oktober 2011 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak.)

SELEPAS...

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna. Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

(Komen Mengenai Caj 6.0% cukai perkhidmatan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak)