Sunday, December 19, 2010

Lovers Quarrel Ends In Tragedy

SANDAKAN: A lovers’ kiss and make up drive ended in tragedy. The young couple had earlier quarreled after having dinner at a seafood restaurant on December 15 and after that they went off separately. Then at around 10pm, the man, 29, called at his fiancee’s house in Taman Sejati to patch things up.

They went for a drive in the man’s 4WD vehicle hoping to resolve their differences. However, several hours later, tragedy struck. Nineteen-year-old Noraziah Masran jumped out of the moving vehicle as they were passing the roundabout at Jalan Airport around 3.15am the next day after telling her fiancĂ© she wanted to get off the vehicle. She fell and knocked her head against the road shoulder.

In a panic, the fiancé rushed Noraziah to the hospital but she succumbed to her injury at about 7am, less than four hours after the incident. The man then lodged a police report and was held briefly to facilitate investigation. Police have classified the incident as sudden death and a post-mortem was conducted yesterday. Sandakan district police chief, ACP Rosli Mohd Isa has confirmed the incident.

NewSabahTimes  19 Dis 2010

Friday, December 17, 2010

Pemimpin masyarakat diminta pantau aktiviti perjudian di kampung

MENUMBOK: Pemimpin masyarakat diminta supaya terus memantau dan mengawasi supaya tidak ada aktiviti perjudian di kampung di bawah jagaan masing-masing kerana ia dikhuatiri akan menular dan menjadi ikut-ikutan kepada generasi muda.

“Jika ada berlaku mereka perlu menegur dan menasihatkan supaya permainan judi itu dihentikan sekalipun ketika majlis keramaian seperti majlis perkahwinan atau malam berjaga-jaga (ketika berlaku kematian),” kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Datuk Lajim Hj Ukin.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perjumpaan bersama Pemimpin Masyarakat Daerah Kecil Menumbok yang diadakan di Pejabat Daerah Kecil Menumbok pada Rabu. “Bermain judi sama ada pada majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan atau sebagainya termasuk hari-hari biasa bukanlah budaya kita, oleh itu jangan jadikan judi itu sebagai trend untuk dibudayakan kerana kita bimbang ia akan menular kepada generasi muda,” katanya.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata beliau telah menerima laporan daripada berbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat dan orang ramai mengenai adanya segelintir pihak menganjurkan aktiviti perjudian seperti pakau dan katam-katam di majlis-majlis perkahwinan atau malam berjaga-jaga.

“Saya juga telah difahamkan bahawa pihak Polis telah melakukan beberapa tangkapan di beberapa tempat termasuk sekitar Pekan Beaufort terutama mereka yang menganjur aktiviti perjudian dan bermain judi,” katanya. Beliau berkata polis juga sentiasa memantau keadaan itu.

Lajim meminta ketua-ketua kampung, JKKK dan juga pemimpin masyarakat hendaklah memberikan nasihat jika melihat depan mata berlakunya aktiviti perjudian sedemikian dan jika nasihat sudah diberikan tetapi tidak juga diendahkan maka hendaklah melaporkan perkara itu kepada Polis.

Majlis perjumpaan itu turut dihadiri Wakil Rakyat Dun Kuala Penyu John Teo Mau Seng, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Isnin Aliasnih yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian, dan Naibnya Datuk Kimjus Duim, Pegawai Daerah Edmund Teo serta Pengerusi Mayang Parlimen Beaufort Hajah Johair Matlani,Ketua-ketua Daerah, ketua kampung pengerusi JKKK dan wakil-wakil Ketua Anak Negeri.

Sumber NewSabahTimes 17 Dis 2010

Sunday, December 5, 2010

Ketuanan peti undi?

ISTILAH ‘ketuanan’ ialah terjemahan daripada dominance dalam bahasa Inggeris. Jika dominate’ bererti mengenakan pengaruh pengawalan yang sangat kuat, ‘tuan’ pula - menurut Kamus Dewan - boleh bererti pemilik abdi atau pemilik apa saja seperti yang boleh difahami daripada perkataan tuan punya.
Ia juga bererti ketua atau orang berpangkat. Di zaman kolonial British di negara ini, pegawai British dipanggil tuan. Dalam sesetengah jabatan kerajaan, seperti Polis, Tentera, Bomba dan Perhutanan, rujukan kepada ketua tertentu masih kekal dengan ‘tuan’.

Justeru itu, pada keseluruhannya ‘ketuanan’ membawa pengertian ‘pengawalan’, di satu pihak, dan ‘pemilikan’, di pihak yang lain. Sebenarnya ‘ketuanan Melayu’ telah lama dipakai. Pemakaiannya menjadi lebih lantang dalam tahun 1987 apabila seorang calon yang bertanding untuk mendapat tempat dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO tahun itu menjadikan ‘ketuanan Melayu’ sebagai tema kempennya.

Beliau bukan setakat berkempen di Malaysia. Di Singapura, demi mendapat kesan media yang baik, beliau juga dapat mengumpulkan satu audiens untuk mencanangkan konsep itu menerusi bahasa Inggeris, iaitu Malay Dominance. Malangnya, beliau kandas dalam persaingan MT itu.

Saya percaya tema kempen beliau itu tidak disenangi oleh beberapa pihak, terutama pihak elit bukan Melayu. Seorang penulis bernama K.Das (kini mendiang) telah menghasilkan sebuah buku menentang konsep itu. Disebabkan di kalangan orang Melayu sendiri konsep itu tidak menjadi sesuatu yang membahangi hati nurani mereka, maka ia dengan sendiri menjadi dingin.

Ia bertambah dingin apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri melahirkan reaksi yang mencemek konsep itu. Apa yang hendak didominasi kalau kita lemah dalam banyak lapangan, kata Dr. Mahathir. Namun begitu, kini ‘ketuanan Melayu’ menjadi satu gegaran pula.
Oleh itu suara-suara dan artikulasi yang dipenuhi bahang semangat Melayu didengari secara meluas, tidak kurang
dalam media perdana Melayu. Mana-mana pihak yang mempertikai, atau menunjukkan tanda-tanda mempertikai konsep ini, mereka nampaknya akan menjadi sasaran artikulasi yang agresif.

Melihat daripada perspektif yang bebas, artikulasi begitu kini secara relatif dicetuskan oleh perkembangan politik semasa. Seperti yang diketahui, politik bererti seni dan sains berkerajaan. Disebabkan oleh struktur rakyat negara ini mengandungi bangsa dan pelbagai kaum, maka seni dan sains itu dipercayai boleh mengancam struktur itu, jika kerajaan persekutuan yang wujud sejak 1955 itu berubah.
Popular

Maka logiknya, mempastikan teguh dan tegapnya ketuanan Melayu di negara ini adalah sesuatu yang rata-rata popular dan dekat dengan hati Melayu. Oleh itu sebarang artikulasi yang kontra, seperti yang ditunjukkan oleh Wan Azizah, Presiden PKR, boleh menarik reaksi dentingan yang keras.

Membuat jengukan kepada media - perdana dan bukan perdana - menunjukkan sikap yang berbeza dalam liputan masing-masing. Media perdana bersikap kritis terhadap beliau, sedangkan media bukan perdana bersikap sama ada tidak berpihak atau pro Wan Azizah. Inilah indahnya Malaysia yang mengamalkan demokrasi. Pada asasnya, kedua-duanya merupakan usaha memujuk rakyat agar memberikan sokongan dan undi dalam pilihan raya yang akan datang.

Walau apa pun pertimbangannya, kuasa politik dalam sistem demokrasi tulen mengalir daripada peti undi, tidak seperti inti kata pemimpin besar komunis, Mao Tse Tung: “Kuasa datangnya dari laras peluru!" Dengan kata-kata lain, ‘ketuanan Melayu’ harus mengambil kira peti undi kerana di situlah ketulenan demokrasi Malaysia akan diukur oleh dunia. Kalau bukan begitu, Malaysia akan mendapat perhatian yang tidak betul sebabnya.

Alternatif kepada demokrasi peti undi ialah junta seperti di Burma yang hari-hari terakhirnya sudah tertulis jelas ditembuk-tembuk. Ia sudah ketinggalan zaman dan bukan menjadi fesyen lagi. Chile, Brazil, Argentina, Uruguay dan lain-lain lagi di Amerika Selatan, di samping sesetengah negara Afrika, yang pernah menjadi pengilham kepada Burma dulu, sudah menjadi demokrasi tulen. Negara-negara itu kini melahirkan kekesalan kenapa mereka terjerumus ke dalam junta tentera yang anti-demokrasi.

Saya telah melawat negara China secara rasmi. Kebanyakan pegawai tingginya bukan ahli parti komunis. Mereka tahu China akan berkerajaan demokrasi seperti negara-negara Amerika Syarikat, Eropah Barat malah Rusia, tetapi mahu beredar ke situ secara bertangga-tangga, takut kalau-kalau China menjadi lumpuh (collapse) seperti yang dialami Rusia pada awal-awal ia berpindah daripada Soviet Union.

Maka China kini berkerajaan komunis tetapi mengamalkan sistem demokrasi dalam sebahagian besar kehidupannya, terutama amalan aktiviti ekonomi yang ditentukan oleh kuasa pasaran. Kalau dulu statistik ekonominya mengandungi angka mereka di garisan kemiskinan yang sama rata, kini ia bangga dengan jumlah bilionair yang hanya dikalahkan oleh jumlah bilionair di Amerika Syarikat dan beberapa buah negara lain.

Bertolak dari itu, China - satu-satunya negara besar komunis yang masih tinggal - akan memeluk demokrasi peti undi sebagai ketuanan kuasanya tidak berapa lama lagi. Mereka sudah sedar tidak ada institusi ‘lembu suci’ yang ada sekarang, baik bergelar Pengerusi atau Presiden, yang boleh mengatasi institusi peti undi.

Disebabkan institusi peti undi menjadi penentu pembentukan kerajaan di Amerika Syarikat (satu-satunya ‘superpower dunia kini) Rusia, Jepun, India dan negara-negara besar Eropah Barat, maka sebarang negara yang cuba memomokkannya, ia akan menjadi sasaran yang menggerunkan, dan akan berakhir seperti berakhirnya Iraq di bawah Saddam Hussein.

Inilah realiti global atau ‘borderless world kini yang tidak boleh dielakkan. Orang Yahudi sudah lama mengetahui hakikat ini. Mereka sejak dulu telah membuktikan dominasi (dominance) mereka di Amerika Syarikat dengan cara menentukan kemenangan dan corak kerajaan di peti undi. Itulah sebabnya Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, tidak gentar dengan amaran Barack Obama.

Dominasi hanya wujud apabila ada pengiktirafan. Seorang yang berada tidak akan menerima dominasi orang yang tidak berada. Pemain bola dan badminton yang berbakat tidak akan menerima kepimpinan pemain medioker. Seorang yang berpendidikan tinggi dan lebih efisien tidak boleh akur kepada seorang yang kurang daripadanya. Seorang penerima rasuah tidak dimuliakan oleh pemberi rasuah.

Berdasarkan apa yang digariskan di atas, dengan ‘pengisian’ yang baik dan dihormati, Ketuanan Melayu atau Malay Dominance tidak akan menjadi satu isu nasional. Maka artikulasi yang boleh mengakibatkan polarisasi bangsa dan kaum akan menjadi tidak relevan.

Thursday, December 2, 2010

Facebook perosak rumah tangga


 LOS ANGELES: Jika dulu perceraian sering berlaku akibat kesan gincu di baju suami atau pesanan ringkas dalam telefon bimbit, kajian terbaru menunjukkan masalah itu kini disumbangkan oleh laman sesawang sosial seperti Facebook. 

Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika itu, satu daripada lima perceraian di negara berkenaan membabitkan laman sesawang sosial. Kira-kira 80 peratus peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing. Antara bahan digunakan adalah mesej dan gambar menggoda di Facebook. Kewujudan laman sesawang itu didapati membolehkan seseorang berhubung semula dengan bekas kekasih masing-masing selepas terpisah sekian lama. 

Kajian itu menunjukkan, Facebook adalah penyumbang terbesar masalah rumah tangga dengan 66 peratus peguam mendakwa ia dikemukakan sebagai bukti tuntutan perceraian. Penyumbang kedua terbesar adalah laman sesawang MySpace (15 peratus) dan diikuti Twitter (5 peratus). Selebihnya adalah laman sesawang sosial lain. Tahun lalu, sebuah firma guaman Britain mendakwa, 20 peratus petisyen perceraian di negara itu mengaitkan Facebook sebagai punca. Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan, berkata kebanyakan pengguna laman sesawang sosial menggunakan kemudahan itu untuk berbual mengenai seks dengan seseorang yang tidak sepatutnya. 

Laman sesawang Friends Reunited yang dilancarkan untuk menghubungkan kenalan lama di zaman persekolahan pada 1999 turut memberi kesan terhadap rumah tangga ahlinya. Baru-baru ini, bintang siri, Desperate Housewives, Eva Longoria, mengambil keputusan berpisah daripada pasangannya, Tony Parker, selepas pemain bola keranjang itu didakwa sering berhubungan dengan wanita lain melalui Facebook.

Sumber: http://www.hmetro.com.my (02/12/2010