Sunday, June 7, 2009

Kearah Era Baru Penjanaan Eko-Pelancongan Sukau

(Disebalik misi dan visi Saddi Hj Abdul Rahman)



ANTARA MISI, VISI DAN REALITI. Itulah disebalik idealisma dan momentum awal akan impak satu pengujudan Pekan Baru Sukau

Dari konteks pentadbiran kerajaan, misi, visi dan harapan di sebalik pengwujudan pekan baru Sukau ini sudah semestinya menepati gagasan dan tranformasi Konsep Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang manifestasinya mahu menyalurkan secara perinsip inti pembangunan dan keadilan sosial kepada rakyat secara adil di kawasan luar bandar.

Di sebalik kepentingan rakyat kawasan ini sendiri, sudah tentu inilah masanya menikmati perubahan baru pembangunan dalam konteks pengagihan urbanisasi negara secara adil, yang boleh dikembangkan kea rah menikmati pembelaan dan melepasi krisis kemiskinan di kalangan rakyat terpinggir di kawasan ini sendiri.

Ironinya, jika wujudnya sebuah pekan baru di kawasan luar bandar yang berpotensi seperti di Kampung Sukau, turut dikenali sebagai sebahagian daripada kawasan pengeluar hasil perladangan dan komoditi kelapa sawit, di ikuti nilai tambah dari hasil eko pelancongan dan berdiversity dalam konteks sumber alam berkaitan seperti penghasilan sarang burung layang-layangnya, keseluruhan pencapaian ekonomi ini memberi anjakan paradigma baru dalam soal pengagihan ekonomi dan pembangunan masa depan rakyat luar bandar.

Sudah tentu, samada cepat atau lambat, keumunculan pekan baru yang sudah mendapat pengiktirafan kerajaan negeri ini amat menjadi contoh terdekat bukan saja kepada daerah-daerah luar bandar di Sabah.

Fokus kepada penulisan ini sebenarnya lebih tertumpu kepada keperluan dan faedah-faedah berkaitan industri pelancongan di dalam kawasan Dun Sukau. Tetapi tidak dapat tidak kita turut mengkesampingkan soal isu-isu pembangunan lain, sebagai signifikannya kepada kedudukan kawasan ini yang memiliki pencapaian serba serbi.

Sudah tentu, apa yang dipanggil dalam konteks Satu Malaysia, semua fakta dan elemen berkaitan akan meningkatkan juga resepi ekonomi yang disebut sebagai rangkaian jalinan aset dan pengembangan ekonomi antara daerah dan negeri, daripada soal mikro kepada makro ekonomi yang sekaligus menjadi modal besar dalam kesinambungan proses kemajuan berimpak tinggi seperti Koridor Pembangunan Sabah atau SDC yang misi dan visinya mengarah ke pencapaian sebuah negara maju Malaysia menjelang 45 (tahun 2045) dari sekarang.

Tidak boleh diketepikan juga misi asas negeri iaitu mahu meletakkan Sabah sebagai negeri maju pada 2015 dan tempoih lima tahun sebelumnya iaitu tahun 2010 mahu meletakkan keseluruhan daerah di negeri ini sebagai l,ingkaran kawasan sifar kemiskinan.

Maka jelas dari argumentasi ini misi dan visi di sebalik reality Pekan Baru Sukau, yang menjadi pusat 42 buah Kampung dalam kawasan Dun Sukau, mewakili lebih 15,000 penduduk ini, merupakan sebahagian daripada elemen ke arah pencapaian pembangunan kawasan di Kinabatangan, Sabah dan negara Malaysia keseluruhannya.




SIAPA YANG UNTUNG?
Jawapan daripada persoalan mengujudkan pekan baru di Sukau ini ialah penduduk Sukau sendiri.

Ketika ini masyarakat Kampung Batu Putih, Abai dan Sukau khususnya, akan terlibat secara langsung dalam menjana pembangunan pekan ini baik dalam penyediaan dan penggunaan tapak-tapak komersial dan urusan pentadbiran.

Apatah lagi jika impian wakil rakyat ini, iaitu Yang Berhormat, Saddi Haji Abdul Rahman mahu menempatkan Pejabat Daerah Kinabatangan yang akan beralih peranannya menerusi penstrukturan semula, kepada Pejabat Daerah Sukau ditempatkan di kawasan pekan baru Sukau ini.

Ini ditambah kepada usaha menambah nilai pembangunan pekan baru Sukau sebagai pusat pertemuan masyarakat dengan cadangan mengujudkan Jambatan Kedua merentasi Sungai Kinabatangan yang akan diwujudkan berhampiran Kampung Sukau.

Demikian pula cadangan seperti menambah nilai prasarana pelancongan di Sukau seperti mahu mengujudkan Gumantong Park, bangunan-bangunan komersial milik swasta dan banyak lagi di kawasan lingkaran berhampiran Kampung Sukau yang terletaknya pekan baru ini.

Cadangan YB. Saddi sebelum ini untuk memasukkan projek penyediaan jalan kampung Sukau-Abai sebagai salah satu projek prasarana rakyat di dua kawasan ini, juga suatu yang positif kea rah menjana lingkaran ekonomi antara rakyat di kawasan sasaran ini.

Secara hemahnya, adanya pekan baru Sukau ini nilai pulangan pendapatan rakyat keseluruhannya jika dipergunakan sebaik-baiknya, akan bertambah. Kawasan pekan ini juga akan berfungsi dengan sendirinya sebagai tarikan pelancongan baru, atau ‘value added, yang mewakili aspirasi , moral serta kredebiliti masyarakat berbangsa Sungai di sebelah sini.

Tidak bolehlah dinafikan di sebalik tuntutan mega ke arah memantapkan sebuah persekitaran pelancongan Dun Sukau yang berdaya maju, memang sesungguhnya banyak lagi yang perlu diperbaiki dari aspek infrastruktur asas rakyat setempat..

Sebagai contoh di kawasan kampung Sukau, kemudahan seperti bakalan air dan api letrik misalnya perlu dinaikkan taraf bagi memenuhi keperluan rakyat dan sasaran kemajuan di kawasan itu. Demikian juga di Kampung Dagat, kemudahan jalanraya yang diperlukan sepanjang lapan kilometer yang menghubungkannya dengan kampung-kampung berhampiran seperti Kampung Tidung dan daerah berhampiran.Tidak terkecuali keperluan asas kesihatan seperti kemudahan Kelinik, kemudahan sekolah, air dan api letrik dan sebagainya. Semua ini turut meningkatkan galakan kepada para pelancong untuk berkunjung ke kawasan ini. Bagaimanapun sebahagian dari keperluan ini sudah pun sampai ke pengetahuan pihak kerajaan untuk diatasi secara berperingkat-peringkat.

Soalnya, adakah siapa lagi rakyat di negeri ini yang tidak mengenali latar belakang kawasan Dun Sukau ini?.

Menurut rekod kerajaan, lebih 5,000 orang pelancong luar dan dalam negeri sendiri melawat dan berkunjung ke kawasan Sukau ini untuk menikmati keindahan flora dan fauna di hutan lipur Sukau. Mereka tentunya mahu melihat jelas akan keujudan Monyet Bangkatan dan Gajah Pigmy yang popular di kalangan rakyat asing dan tempatan, khazanah warisan sarang burung layang-layang di Gua Gumantong. Demikian juga kewujudan kuburan konu di Atuk Batu Tulug, kuburan lama Allahyarham Pangiran Digadong Samah dan Apuk Rumayau, kehidupan masyarakat nelayan tradisional Sungai Kinabatangan dan pulau-pulau nelayan di sekitar Kinabatangan dan banyak lagi. Tentunya, tidak semua keindahan alam semulajadi Sukau ini dapat diterokai sekaligus.

Yang lebih menarik, persekitaran pelancongan di Sukau juga sekian lama ‘menawarkan’ kawasan lembah Dataran Banjir Hilir Kinabatangan (Lower Kinabatangan Wetland) antara yang terbesar di dalam Malaysia dan di bawah pengikirafan badan melindungi khazanah alam dunia termasuklah Pertubuhan Hidupan Liar Sedunia WWF seluas 78, 803 hakter.

Sekian lama juga dunia turut mengiktiraf kawasan Hutan Simpan Tabin sebagai kawasan lipur ‘the lost world, mampu menyimpan rahsia alam serta menempatkan habitat dan populasi hidupan liar yang hanya terdapat di sekitar Borneo Utara.

Maka dengan wujudnya Jambatan Kedua merentasi Sungai Kinabatangan, sebagaimana idea dicetuskan YB. Saddi Haji Abdul Rahman di sini, ianya bukan saja mampu merapatkan hubungan dua hala Sukau dengan kampung-kampung bersempadan daerah berhampiran. Malah mengujudkan satu laluan rangkaian ekonomi antara penduduk dan kampung-kampung sebagai contoh Kampung Dagat, Kg Tidong, Sri Ganda, Tundun Bohangin di bawah mukim Litang yang lebih optima, berdaya maju dan sistematik tidak dapat terfikir, ataupun disediakan sebelumnya.

Sesungguhnya kemudahan yang bakal dikenali kelak sebagai ‘laluan sutera Sukau-Litang’ ini bukan hanya memberi faedah ekonomi kepada masyarakat kampong yang disebutkan, tetapi significantnya dapat diraih oleh pihak swasta, diikuti oleh para pelancong asing dan rakyat tempatan yang mengharapkan sebuah laluan mudah serta murah menghubungkan kawasan terlibat.

Fokus awal wakil rakyat itu nampaknya semakin berkembang apabila soal mengujudkan pekan baru Sukau ini sudah diseiringkan dengan usaha pengstrukturan semula Pentadbiran daerah dan sempadan kawasan Dun Sukau, ketika ini.

Bertambah menariknya, apabila kempen pembangunan bersifat holistic ini terus mendapat sokongan bukan saja di peringkat pegawai-pegawai kerajaan membabitkan kawasan terlibat seperti Kinabatangan, Sandakan dan Kuamut, tetapi di peringkat kerajaan negeri sendiri sesudah ianya berjaya dibentangkan secara kemas dan terperinci pada Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah setakat ini.

SOKONGAN DAN KERJASAMA KE ARAH PENCAPAIAN SASARAN PEMBANGUNAN.

Sesungguhnya, nilai murni dan idealisma baru mencapai pembangunan di kawasan ini perlu mendapat sokongan kalangan kita bersama. Samada kita mewakili individu, keluarga, masyarakat dan parti politik, tidak kiralah apa alirannya, kita sama-sama harus menyokong gagasan pembangunan yang dicetuskan di sini

Ketika wakil rakyat kita Saddi haji Abdul Rahman mengarah sepenuh tenaga dan pemikiran ke arah misi sebuah nilai jati diri kemajuan bangsa ini, kita janganlah memalu rentak sumbang memesongkannya.

Ayuhlah… tidak kira usia, wahai belia, adik-adik, para ibu dan bapa-bapa kita bekerja dengan idelaisma Berfikir, Bertindak dan Bersama (konsep 3B) mempastikan cita-cita sebuah pekan baru Sukau ini bukan saja menjadi kenyataan, tetapi milik kejayaan bersama untuk faedah kini dan selama-lamanya.

Moga-moga hendaknya penyemaian rasa kasih sayang yang dicetuskan pada blog One Sukau ini menghimpunkan kita bukan saja sebagai satu pasukan yang kuat bekerja untuk faedah berterusan. Tetapi dalam konteks dan dimensi sayang menyayangi sesama kita (seugama dan sebangsa) demi untuk kemajuan, kegemilangan, kecemerlangan dan keterbilangan berterusan Dun Sukau, Kinabatangan, Negeri Sabah dan Malaysia anmnya dalam segala aspek dan harapan ini.

No comments:

Post a Comment