Saturday, June 20, 2009

Pelancaran Laman Blog Adun N48 Sukau



Pada mulanya saya sememangnya bercadang untuk membina laman blog yang berkonsepkan kerakyatan (laman blog rakyat) dan mengambil sedikit bahan daripada perkembangan politik semasa khasnya dikawasan DUN N 48 Sukau. Namun, setelah mendapat tawaran daripada penganjur (Pusat Jalur Lebar Komuniti PJK) pertandingan membina laman blog kreatif peringkat DUN N 48 Sukau untuk turut serta mewakili Kg Sukau sempena majlis pelancaran laman blog ADUN N48 Sukau (http://www.adun48sukau.blogspot.com) yang telah dianjurkan oleh UPKR N 48 Sukau, saya telah menyertai pertandingan tersebut dengan membawakan konsep pelancongan (diantara 4 kategori yang dipertandingkan –Pelancongan, Pembangunan, Sosio Ekonomi dan Kebudayaan). Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya, laman blog www.onesukau.blogspot.com/ telah dinobatkan sebagai juara mengalahkan 5 pencabar lain yang telah dihakimi oleh pegawai-pegawai dari TM.



Pada malam majlis pelancaran yang telah diadakan di Dataran Tamu Kg Paris 1 pada 09.06.09 tersebut, beberapa acara hiburan dan pertandingan turut diadakan termasuklah, persembahan music tradisional orang sungai, tarian tradisional dari Kg Batu Puteh dan Paris, persembahan artis jemputan khas seperti Abu Bakar Elah @ Ampal, Farah Ashikin, dan Boyd., juga persembahan tarian shuffle oleh shuffler sabah Fareedzuan. Yang paling menarik dan amat mengharukan sekali ialah penyampaian 42 unit alat broadband oleh YB Saddi kepada kesemua pengerusi JKKK kawasan DUN N 48 Sukau yang menurut beliau, tiadalah manfaat blog DUN Sukau tersebut kiranya tidak mencapai matalamat sasarnya ia itu dengan ertikata lain rakyat harus boleh mengaksesnya untuk melihat aktiviti kerajaan disamping meluahkan masaalah dan membuat aduan.
Sebelumnya, pelbagai aktiviti lain juga turut diadakan, antaranya pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah oleh Hospital Kinabatangan, pendaftaran pengundi bergerak oleh SPR dan promosi produk oleh TM dan Celcom. Juga turut diadakan, perlawanan akhir bola sepak 9 sebelah peringkat DUN N 48 Sukau anjuran Biro Sukan UPKR N 48 Sukau yang berkesudahan pasukan Paris FC telah memenangi perlawanan tersebut. Sempena pelancaran tersebut juga dan untuk mengeratkan persafahaman dan kerjasama antara pemimpin peringkat kampung, rakyat dan UPKR N 48 Sukau turut diadakan perlawanan bola sepak persahabatan diantara gabungan pengerusi-pengerusi JKKK bersama Ketua-ketua Kampung DUN N 48 Sukau dan gabungan UPKR N 48 Sukau bersama media dimana gabungan PJKKK/KK menang dengan 4 gol berbalas 2.
Pertandingan shuffle terbuka turut diadakan, manakala pertandingan menaip terpantas kanak-kanak 12 tahun kebawah peringkat DUN N 48 Sukau dimenangi oleh Mohd Al Jumady Bahri (Jojo) dari Kg Sukau mengalahkan 13 peserta lain. Menurut beliau (Jojo) kemenangan ini adalah hadiah harijadinya yang ke 12 pada 06.06.09 dan untuk guru computer beliau, Ghafar dan Alex di PJK Kg Sukau.


Saya amat bersyukur kehadrat ALLAH S.W.T dan amat berterima kasih khususnya kepada YB ADUN N 48 Sukau Sdr Saddi Hj Abdul Rahman yang begitu prihatin, menggembeling fikiran dan tenaganya demi kesejahteraan rakyat kawasan DUN N 48 Sukau. Saya melihat, beliau adalah wakil rakyat yang begitu relevan sekali di DUN N 48 Sukau pada masa kini dan saya berharap beliau akan konsisten dalam prinsip dan konsep kepimpinannya… “RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN``


Bagaimanapun, blog http://www.onesukau.blogspot.com/ akan kekal dengan konsep pelancongan dan rakyat, dan akan memaparkan berita dan masaalah, suara dan sungutan, cadangan dan rungutan, serta rayuan rakyat dari pelbagai lapisan khususnya dikawasan DUN N 48 Sukau yang berasaskan fakta tanpa prejudis, eksploitasi maupun diskriminasi secara ON LINE.


Nantikan isu akan datang.

No comments:

Post a Comment