Saturday, February 11, 2012

Tahniah Tan Seri Bernard Dompok


Kerajaan Persekutuan membuat keputusan mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok. 

Dompok berkata, Kabinet sudah menyerahkan mandat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mengilhamkan gagasan 1Malaysia, untuk mengumumkan perkara itu. "Ini adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah selama ini. Saya membangkitkan isu RCI pada mesyuarat kabinet sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini, tetapi ia tergantung tanpa sebarang keputusan.
"Saya membangkitkan lagi isu ini pada mesyuarat kabinet terakhir (8 Feb) dan kabinet kemudiannya membuat keputusan...Perdana Menteri akan menangani seterusnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kalendar dalam bahasa Kadazandusun di SK Putaton, dekat sini hari ini

No comments:

Post a Comment