Thursday, April 8, 2010

Remaja maut ditikam

SANDAKAN: Seorang remaja lelaki maut akibat ditikam dengan senjata tajam dipercayai selepas terbabit dalam pergaduhan di Jalan Tiga di Bandar Sandakan hari ini. Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rosli Mohd Isa berkata mangsa yang dikenali sebagai Asdi Anwar, 18, seorang warga Indonesia ditemui terbaring di lantai berhampiran sebuah kedai pakaian dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam kira-kira 3 pagi.

Katanya mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan tetapi meninggal dunia dua jam kemudian akibat cedera parah di perut.Siasatan masih dijalankan dan polis mengklafikasikan kes itu sebagai bunuh.Sehubungan itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis atau datang ke balai polis berhampiran. 
 
Sumber Bernama April 7, 2010

No comments:

Post a Comment