Thursday, May 13, 2010

Bahagia Jaya Kampung Wifi pertama

SIBU 12 Mei - Kampung Bahagia Jaya, Teku, di sini menjadi Kampung Wifi pertama di Malaysia mempunyai perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar dengan pancaran dari Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang terletak di sebuah sekolah kampung itu.

Projek Kampung Wifi itu yang dilancarkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini merupakan usahasama kerajaan dan Syarikat Pernec Paypoint Sdn. Bhd. dengan antena wi-fi diletakkan di- bumbung sekolah di situ.

Menurut Rais, kampung itu mempunyai kira-kira 5,000 penduduk terdiri daripada masyarakat Melayu, Melanau, Iban dan Cina dan mereka akan mendapat capaian Internet dengan kos yang rendah dan cepat.
Pelajar sekolah dan penduduk kampung akan mengakses jalur lebar dengan kelajuan sehingga 4Mbps dalam lingkungan jarak sekitar radius 50 meter.

Rais berkata, kerajaan memperuntukkan RM60 juta untuk menyediakan 246 lokasi PJK di seluruh negara dengan kemudahan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar melalui pemancaran Wifi. "Perkhidmatan ini akan menjimat kos, cepat dan tepat kepada sasarannya. Kos pemasangan hanya sekitar RM10,000.
 
"Ia merupakan pelaksanaan yang amat berkesan untuk merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman yang seterusnya akan menyumbang kepada peningkatan kadar penembusan jalur lebar daripada 35.4 peratus kepada 50 peratus isi rumah pada akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas pelancaran itu
 
Sumber Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment