Saturday, May 15, 2010

Hari Keluarga 1Malaysia di Sandakan

KOTA KINABALU 14 Mei - Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan akan mengadakan Hari Keluarga 1Malaysia sempena Program Juara Rakyat di Dewan Masyarakat Sandakan pada 19 Mei ini. Ketuanya, Asnah Tahlil berkata, program tersebut akan dirasmikan oleh Ketua UMNO Sandakan, Tan Sri Ampong Puyon pada pukul 11.30 pagi.

Beliau berkata, program pada hari itu akan dimeriahkan dengan beberapa acara menarik seperti pertandingan Duet Suami Isteri Terbuka dan Jom Mewarna Bersama Keluarga. ''Dalam pertandingan Jom Mewarna Bersama Keluarga terdapat empat kategori iaitu Tadika, Sekolah Rendah Tahap Dua, Sekolah Menengah (bagi pelajar tingkatan 4 dan 5) dan untuk awam," katanya di sini hari ini. Menurutnya, mereka yang berminat mengikuti pertandingan itu boleh menghubungi pejabat UMNO Sandakan di talian 089-218930/012 8168867. Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi Azilah Japar di pejabat Jabatan Kemajuan dan Masyarakat iaitu di talian 089-668368 atau 017-8194912.

Sumber Utusan Malaysia Mei 14, 2010

No comments:

Post a Comment